Monday, 24 September 2018


Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota
            Dalam membuat nota, alat berfikir mampu membantu pelajar untuk menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Menurut Som dan Dahalan (1998) alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih berkesan dan lebih sistematik. Idea-idea dapat disampaikan dan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat beberapa alat berfikir dalam membuat nota.

Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik merupakan satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Dengan pengurusan grafik, seseorang itu dapat melihat secara eksplisit proses berfikir yang berlaku dalam mindanya. Pengurusan grafik mempunyai pelbagai jenis. Antaranya:
1.    Pengurusan grafik membanding dan membeza
Pengurusan grafik ini amat berguna bagi mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Boleh digunakan untuk mata pelajaran yang memerlukan murid untuk membuat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
2.    Pengurusan grafik meramal kesan akibat
Pelajar akan dapat biasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak apabila menggunakan pengurusan grafik ini. Muriddapat membuat ramalan berdasarkan bukti-bukti atau sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isi-isi tertentu bagi semua mata pelajaran.
3.    Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat
Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga denagn maklumat dalam penulisan,ia perlu ditimbang secara kritis. Dengan menggunakan pengurusan grafik ini pelajar dapat mengetahui cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
4.    Pengurusan grafik idea berpusat
Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian,kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia dapat membantu pelajar untuk menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
5.    Pengurusan grafik membuat kategori
Pelajar dapat membuat analisis dan klasifikasi serta dapat menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau itam untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama.
Peta Minda
Peta minda merupakan sejenis rajah yang dilukis unutk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Dalam erti kata lain petaminda merupakan satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan perkara yang trseirat menjadi tersurat. Peranan penting peta minda adalah untuk mencatat, merekodmaklumat dan membuat suatu persembahan. Peta minda mempunyai garis panduan yang tersendiri iaitu:
1.    Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea sesebuah topik
2.    Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penenrangan tentang tajuk tersebut.
3.    Kembangkan garisan untukmenghasilkan corak yang tertentu
4.    Gunakan kata kunci, gambar,imej tiga matra atau symbol
5.    Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
6.    Jadikan corak lebih menarik
7.    Gunakan gambar,warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan antara isi.
8.    Gunakan bentuk yang ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cnatik
9.    Gunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan peta Minda yang lebih asli.
https://wsllcp.files.wordpress.com/2016/08/daeee-petaminda.jpg?w=553&h=289
Pemetaan i-THINK
i-THINK yang bermaksud innovative thinking bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah meghasilkan pelajar yang berkreatif, kritis dan inovatif. Program ini merupakan hasik kerjasama antara Kementerian Pnedidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di sepuluh buah sekolah yang terdiri daripada enam sekolah menengah dan empat sekolah rendah sebelum diperkembangkan kepada ke seleruh Malaysia. Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun terutama dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid yang berpengetahuan tidak tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka. Pengenalan program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kreatif,kritis dan inovatif serta dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta mampu berdaya saing. Alat berfikir yang telah diperkenalkan dalam program ini adalah peta pemikiran. Dipersembahkan dalam lapan bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami oleh pelajar yang merentasi kurikulum. Peta pemikiran ini bolah digunakan oleh murid seawal usia empat tahun.
1.    Circle map (Peta Bulatan)
Digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan dengan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
iThink circle map peta bulatan
2.    Bubble Map (Peta Buih)
Digunkan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
iThink bubble map peta Buih
3.    Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Digunakan untuk membanding beza sesuatu.
iThink Double bubble map peta Buih Berganda
4.    Tree Map (Peta Pokok)
Digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
iThink Tree map peta Pokok
5.    Brace Map (Peta Dakap)
Digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan di sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
iThink brace map peta dakap
6.    Flow Map (Peta Alir)
Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
i-THINK Flow Map Peta Alir
7.    Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah dalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri dalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
 i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8.    Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunkaan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakn faktor penghubungan.
i-THINK Bridge Map Peta Titi
Teknik Menyoal Aras Tinggi
            Menurut William Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya adalah seseorang yang berfikir. Menurut Kindsvatter (1992), sekiranya soalan yang ditanya berasaskan kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikirpadaaras yang tinggi. Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam kelas.
Penyoalan Sokratik
            Pengajaran yang menggunakan penyoalan,iaitu mengemukakan soalan demi soalan untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan meningkatkan kefahaman serta menyelesaikan masalah secara berperingkat-peringkat.

Jenis pertanyaan sokratik
1.    Pertanyaan untuk Klarifikasi
2.    Pertanyaan yang menjejaki Asumsi
3.    Pertanyaan yang menyelidik alasan dan bukti contoh
4.    Pertanyaan tentang pandangan dan oerpevtives
5.    Pertanyaan yang menyelidik dan konsekuensi
Soalan Bertumpu dan Bercampah
Mengetahui pengetahuan,kefahaman,dan apliakasi ilmu pengetahuan
1.    Soalan bertumpu
Soalan yang memerlukan jawapan yang terhad dan tepat. Soalan bertumpu merupakan soalan beraras rendah. Soalan ini merupakan soalan tetutupdan bersifat objektif.
2.    Soalan mencapah
Soalan yang memerlukan jawapan yang lebih analitik, berbentuk sintesis. Soalan mencapah merupakan soalan beraras tinggi dan terbuka serta bersifat subjektif.
Lingkaran Soalan
Sesuai digunakan oleh guru kerana berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca murid-murid. Digunakan oleh guru ketika pengajaran. Bentuk-bentuk soalan yang membari tumpuan kepada skop-skop tertentu:
1.    Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
2.    Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
3.    Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.
Diperkenalkan oleh Christenbury dan Keiiy (1983). Bagi negara kita teknik ini diperkenalkan oleh W.Wilen (1994).


No comments:

Post a Comment

Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota             Dalam membuat nota, alat berfikir mampu membantu pelajar untuk menggunakan minda denga...