Monday, 24 September 2018


Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota
            Dalam membuat nota, alat berfikir mampu membantu pelajar untuk menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Menurut Som dan Dahalan (1998) alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih berkesan dan lebih sistematik. Idea-idea dapat disampaikan dan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat beberapa alat berfikir dalam membuat nota.

Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik merupakan satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Dengan pengurusan grafik, seseorang itu dapat melihat secara eksplisit proses berfikir yang berlaku dalam mindanya. Pengurusan grafik mempunyai pelbagai jenis. Antaranya:
1.    Pengurusan grafik membanding dan membeza
Pengurusan grafik ini amat berguna bagi mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Boleh digunakan untuk mata pelajaran yang memerlukan murid untuk membuat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
2.    Pengurusan grafik meramal kesan akibat
Pelajar akan dapat biasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak apabila menggunakan pengurusan grafik ini. Muriddapat membuat ramalan berdasarkan bukti-bukti atau sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isi-isi tertentu bagi semua mata pelajaran.
3.    Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat
Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga denagn maklumat dalam penulisan,ia perlu ditimbang secara kritis. Dengan menggunakan pengurusan grafik ini pelajar dapat mengetahui cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
4.    Pengurusan grafik idea berpusat
Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian,kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia dapat membantu pelajar untuk menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
5.    Pengurusan grafik membuat kategori
Pelajar dapat membuat analisis dan klasifikasi serta dapat menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau itam untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama.
Peta Minda
Peta minda merupakan sejenis rajah yang dilukis unutk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Dalam erti kata lain petaminda merupakan satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan perkara yang trseirat menjadi tersurat. Peranan penting peta minda adalah untuk mencatat, merekodmaklumat dan membuat suatu persembahan. Peta minda mempunyai garis panduan yang tersendiri iaitu:
1.    Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea sesebuah topik
2.    Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penenrangan tentang tajuk tersebut.
3.    Kembangkan garisan untukmenghasilkan corak yang tertentu
4.    Gunakan kata kunci, gambar,imej tiga matra atau symbol
5.    Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
6.    Jadikan corak lebih menarik
7.    Gunakan gambar,warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan antara isi.
8.    Gunakan bentuk yang ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cnatik
9.    Gunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan peta Minda yang lebih asli.
https://wsllcp.files.wordpress.com/2016/08/daeee-petaminda.jpg?w=553&h=289
Pemetaan i-THINK
i-THINK yang bermaksud innovative thinking bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah meghasilkan pelajar yang berkreatif, kritis dan inovatif. Program ini merupakan hasik kerjasama antara Kementerian Pnedidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di sepuluh buah sekolah yang terdiri daripada enam sekolah menengah dan empat sekolah rendah sebelum diperkembangkan kepada ke seleruh Malaysia. Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun terutama dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid yang berpengetahuan tidak tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka. Pengenalan program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kreatif,kritis dan inovatif serta dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta mampu berdaya saing. Alat berfikir yang telah diperkenalkan dalam program ini adalah peta pemikiran. Dipersembahkan dalam lapan bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami oleh pelajar yang merentasi kurikulum. Peta pemikiran ini bolah digunakan oleh murid seawal usia empat tahun.
1.    Circle map (Peta Bulatan)
Digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan dengan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
iThink circle map peta bulatan
2.    Bubble Map (Peta Buih)
Digunkan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
iThink bubble map peta Buih
3.    Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Digunakan untuk membanding beza sesuatu.
iThink Double bubble map peta Buih Berganda
4.    Tree Map (Peta Pokok)
Digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
iThink Tree map peta Pokok
5.    Brace Map (Peta Dakap)
Digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan di sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
iThink brace map peta dakap
6.    Flow Map (Peta Alir)
Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
i-THINK Flow Map Peta Alir
7.    Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah dalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri dalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
 i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8.    Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunkaan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakn faktor penghubungan.
i-THINK Bridge Map Peta Titi
Teknik Menyoal Aras Tinggi
            Menurut William Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya adalah seseorang yang berfikir. Menurut Kindsvatter (1992), sekiranya soalan yang ditanya berasaskan kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikirpadaaras yang tinggi. Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam kelas.
Penyoalan Sokratik
            Pengajaran yang menggunakan penyoalan,iaitu mengemukakan soalan demi soalan untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan meningkatkan kefahaman serta menyelesaikan masalah secara berperingkat-peringkat.

Jenis pertanyaan sokratik
1.    Pertanyaan untuk Klarifikasi
2.    Pertanyaan yang menjejaki Asumsi
3.    Pertanyaan yang menyelidik alasan dan bukti contoh
4.    Pertanyaan tentang pandangan dan oerpevtives
5.    Pertanyaan yang menyelidik dan konsekuensi
Soalan Bertumpu dan Bercampah
Mengetahui pengetahuan,kefahaman,dan apliakasi ilmu pengetahuan
1.    Soalan bertumpu
Soalan yang memerlukan jawapan yang terhad dan tepat. Soalan bertumpu merupakan soalan beraras rendah. Soalan ini merupakan soalan tetutupdan bersifat objektif.
2.    Soalan mencapah
Soalan yang memerlukan jawapan yang lebih analitik, berbentuk sintesis. Soalan mencapah merupakan soalan beraras tinggi dan terbuka serta bersifat subjektif.
Lingkaran Soalan
Sesuai digunakan oleh guru kerana berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca murid-murid. Digunakan oleh guru ketika pengajaran. Bentuk-bentuk soalan yang membari tumpuan kepada skop-skop tertentu:
1.    Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
2.    Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
3.    Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.
Diperkenalkan oleh Christenbury dan Keiiy (1983). Bagi negara kita teknik ini diperkenalkan oleh W.Wilen (1994).


Sunday, 23 September 2018


ALAT BELAJAR CoRT 1

Tujuan utamanya adalah untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar.Alat CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.Alat cort merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.
ALAT Cort 1 dicipta oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill, Perubatan dari Universiti Oxford serta PhD dari Universiti Cambridge.


EDWARD DE BONO
(PENGASAS ALAT CoRT)










 







ALAT CoRT 1
            Plus, Minus, Interesting. (PMI)  (Baik, Buruk, Menarik.)
Tujuan Berfikir :
·         Untuk meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi.
·         Dapat mengembangkan idea sekaligus memberi idea untuk sesuatu topic pembelajaran.
Kaedah & Langkah :
P  :  senaraikan semua yang baik.
M  :  senaraikan semua yang buruk.
I  :  senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1.            Teknologi internet mampu melahirkan pelajar yang kreatif.

Baik: teknologi internet menjimatkan masa pelajar mencari ilmu tambahan mengenai sesuatu subjek.

Buruk: terdedah dengan pengaruh negatif daripada laman sesawang di internet.

Menarik: pelajar dapat meneroka ilmu teknologi ICT dengan sendiri.




2.CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)

Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah     :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.



3. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
– Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
– Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
– Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
– Adakah cadangan berkenaan baik?

4. AGO (Aims,Goals, Objectives. ) (Tujuan, matlamat, objektif)
Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?

5. FIP (First important prioriti)
Tujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan

6. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)
Tujuan Berfikir :
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.
7. OPV (Other People’s Views)
Tujuan Berfikir
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
Kaedah & Langkah
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?














ALAT Cort IV


 

















1.    YA,TIDAK PO



Kalau sesuatu perkara itu palsu katakan tidak

Kalau sesuatu perkara itu benar katakan YA




                                           
 PO itu pula bermaksud hipotesis sekiranya sesuatu perkara itu idea atau cadangan.



2.    BATU LONCATAN

Idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat idea (kreatif) yang baru.
*      Contohnya: latihan latih tubi diberi tanpa henti dan kelas tuisyen malam setiap hari
*      Apabila kedua-dua idea diatas dijalankan diberi setiap hari,pelajar akan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.
*      Perkara ini dilihat mustahil namun sekiranya seseorang itu berani mengambil risiko dia akan mampu menjadikan idea dia atas sebagai batu loncatan untuk berjaya.


3.    INPUT RAWAK (RANDOM INPUT) 

*      Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru.
*      Contohnya: bagaimana sebuah kotak boleh menjadi sebuah buku
*      Dengan menggungting kotak tersebut dan serpihan kotak diikat dan dibuat sebagai nota kecil




4.     CABARAN KONSEP             


*      Memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu. Apakah cara-cara alternatif?
*      Contoh:
Konsep:bas menunggu penumpang
Alternative:bas bergerak apabila semua penumpang cukup.




5.     IDEA DOMINAN
*      Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru
*      IDEA DOMINAN:aplikasi Whatsap digunakan di dalam telefon pintar
*      Perubahan idea:Komputer riba juga boleh menggunakan aplikasi Whatsapp.


6.  TAKRIFAN MASALAH
*      Takrifkan masalah dengan tepat
*      Masalah ‘Hidup sebagai seorang pelajar banyak gunakan duit
*      Penyelesaian: pelajar boleh melakukan kerja part time untuk mengurangkan beban kewangan.



7.    SINGKIRKAN KECACATAN
*      Kenal pasti semua kecacatan yang ada lalu singkirkan kecacatan-kecatatan berkenaan.
*      Kecacatan: Masalah guru yang lambat atau tidak masuk mengajar di dalam kelas
*      Penyelesaian: Guru besar membuat mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu mengajar.





8.GABUNGAN IDEA (KOMBINASI)      
*      Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah
*      Contoh: kamera dan telefon
*      Menjadi telefon pintar





9. KEPERLUAN         
*      Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.
*      Keperluan pelajar yang berpindah sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru.
*       menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru.
*       bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas.









10. PENILAIAN
*      Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya
*      Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS KOMPUTER’ dijalankan kerana menepati keperluan.
*      Keperluan: zaman berteknologi tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik IT.

Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota             Dalam membuat nota, alat berfikir mampu membantu pelajar untuk menggunakan minda denga...