Kemahiran
belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai
oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul,memproses dan merumus
maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur
hidup. Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif
dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperoleh maklumat dan
hasil pembelajaran (Abdul Razak Habib,2002). Konsep kemahiran belajar
merangkumi banyak kemahiran atau aspek di dalamnya. Salah satu aspek yang ingin
dibincangkan ialah mencatat nota.
Mengambil
dan mencatat nota merupakan aktiviti yang sangat penting bagi seorang pelajar
tidak kira sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institut
pendidikan tinggi. Nota adalah bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan apabila mereka
terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga adalah satu seni.
Teknik mencatat nota boleh atu perlu dipelajari oleh seseorang ( Jabar
Ibrahim,1992). Pelajar tidak mengambil nota dalam setiap perkara yang
disampaikan oleh guru ataupun pensyarah, sebaliknya hanya mengambil isi-isi
penting yang membantu sahaja. Kemahiran mengambil dan membuat nota ini juga penting
untuk menjimatkan masa dan tenaga seseorang pelajar.
Cara-cara
membuat nota dalam kemahiran mengambil dan membuat nota ini terbahagi kepada
empat iaitu annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan. Pertama,
annotation. Annotation membawa maksud nota tambahan atau penjelasan. Annotation
ialah mencatat nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk yang ringkas mengenai
sesuatu kerja. Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi maklumat
bibliografi lengkap, skop dan tujuan kerja, cadangan pembaca dan tahap
kesukaran, hubungan dengan tugasan yang akan dilaksanakan, satu komen ringkas
dan penjelasan hanya sepanjang seratus ke dua ratus patah perkataan serta
mengandungi bahagian-bahagian yang penting. Annotation boleh dibuat melalui
menggaris fakta yang terdapat dalam teks atau bahan bacaan. Kedua, menandakan
isi penting yang dikatakan berkaitan dengan tajuk utama. Ketiga, menngunakan
tanda soal atau highlight bagi mana-mana bahagian yang tidak difahami kemudian
cari maklumat lebih lanjut tentang perkara tersebut. Seterusnya, menggunakan
tanda rait atau pangkah. Dalam membuat annotation, kita digalakkan menggunakan
pen berwarna-warni atau pelekat supaya kelihatan lebih menarik dan tidak
membosankan.
Selain
itu, outline notes. Outline notes hanya menggunakan frasa dan kata kunci sahaja
iaitu hanya satu atau dua patah perkataan sahaja. Cara ini boleh dilakukan
dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta identation. Tajuk besar yang
diletakkan paling atas mestilah berkaitan dengan tajuk kecil di bawahnya.
Outline notes ini amat sesuai digunakan untuk mencari maklumat atau isi semasa
membuat karangan atau esei. Hasil tulisan yang ditulis juga menjadi lebih
tersusun dan teratur apabila kita membuat kerangka idea dengan baik hanya
menggunakan outline notes.
Di
samping itu, cara membuat nota yang lain adalah menggunakan column notes.
Column notes ataupun nota lajur adalah cara mengambil nota menggunakan format
berbentuk lajur. Nota ini sesuai diaplikasikan dalam subjek matematik atau
sains. Column notes ini juga memudahkan untuk membandingbeza, pengkelasan dan
lain-lain. Nota menggunakan format berbentuk lajur ini lebih teratur dan mudah
difahami kerana segala maklumat yang ingin disampaikan jelas kelihatan tersusun
di dalam jadual. Sebagai contoh, untuk membuat nota tentang jenis tumbuhan
berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Pelajar boleh membuat dua ruangan lajur
iaitu lajur tumbuhan berbunga dan lajur tumbuhan tidak berbunga. Kemudian
senaraikan semua tumbuhan tersebut dan klasifikan mengikut cirinya di dalam
ruangan lajur tersebut.
Akhirnya,
nota rumusan. Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan yang mengandungi
semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan. Nota
rumusan juga boleh ditulis dalam bentuk lajur, peta minda dan lain-lain bagi
mengelakkan rasa bosan ketika membaca nota yang hanya dalam bentuk perenggan.
Nota rumusan kebiasaannya lebih berfokus kepada isi penting tanpa huraian dan
contoh. Huraian dan contoh tidak perlu dicatat kerana majoriti pelajar boleh menghuraikan
dan memberi contoh apabila mengetahui isi pentingnya. Selain itu, nota rumusan
boleh diringkaskan dengan ayat sendiri untuk lebih mudah difahami yang
menggunakan bahasa yang tidak terlalu tinggi arasnya dan bersesuaian dengan
tahap pembelajaran seseorang.
Kesimpulannya,
nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan
daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini
boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat para pelajar.
Setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza dalam membuat nota. Oleh itu, kenali
diri sendiri dan buatlah nota yang sesuai dengan personaliti kita. Intihannya, seorang
pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok
belok untuk menyediakan nota yang bermutu.
NOTA
Catatan nota untuk
memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja.
·
Penjelasan yang dicatatkan hendaklah
mengandungi :-
Maklumat bibliografi
lengkap
Skop dan tujuan
kerja berkenaan
Cadangan pembaca dan
tahap kesukaran
Hubungan dengan
tugasan yang akan anda laksanakan
Satu komen ringkas
Penjelasan sepanjang
100-200 patah perkataan
Bahagian yang
penting
OUTLINE NOTES
·
Perlu menggunakan
frasa dan kata kunci sahaja.
·
Boleh dilakukan
dengan menggunakan tajuk besar dan tajuk kecil serta indentation.
COLUMN NOTES
·
Cara mengambil nota
menggunakan format berbentuk lajur.
·
Nota juga boleh
dicatat dalam bentuk rumusan.
·
Mengandungi semua
maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam peranggan.
·
Lebih berfokus
kepada isi penting.
·
Boleh diringkaskan
dengan ayat sendiri.
·
Boleh dirumus dalam
bentuk perenggan.
assalamualaikum akak,akak buat blog ni guna apps apa
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon saya share artikel ini kepada anak murid saya ye.
ReplyDeleteTerima kasih.